Thursday 11 April 2013

Resepi Tiramisu Sedap dan Mudah

RESEPI TIRAMISU SEDAP DAN MUDAH

Pengenalan

Resepi Tiramisu sedap merupakan sejenis pencuci mulut yang terkenal di seluruh dunia dan berasal dari Yunani di Italy. Ciri-ciri khas untuk Tiramisu adalah mempunyai tekstur yang lembut dengan rasa kopi dan keju atau dengan taburan serbuk koko di atasnya. Bahan-bahan utama bagi resepi asli Tiramisu adalah biskuit Savoiardi, telur ayam, gula, kopi, dan serbuk koko. Bahan dasar untuk Tiramisu adalah biskuit yang sudah direndam ke dalam kopi dan keju mascarpone. Biskuit akan disusun dan dilapisi dengan krim koko sebelum didinginkan di dalam peti sejuk supaya reka bentuk tidak hancur sewaktu dihidangkan.

Tambahan koko dan air kopi serta gula dalam adunan membuat tiramisu semakin wangi dan legit rasanya. Dalam perkembangannya, Tiramisu tidak hanya dibuat dari biskut Savoiardi tetapi juga dari sponge kek. Akhirnya tampilan Tiramisu mempanyai kemiripan dengan kek, oleh sebab itu disebut sebagai Tiramisu kek. Tiramisu mudah ditemui di hampir semua kedai roti dan kek. Tiramisu dijual dalam gelas berkaki atau dalam bentuk potongan. Untuk mendapatkan sensasi maksimum, Tiramisu harus dinikmati dalam keadaan dingin yang lebih membuka selera dengan rasa yang sejuk.

Tiramisu asalnya terbuat dari puding yang lembut dan hanya bermula untuk menggunakan keju mascarpone sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keju mascarpone telah menyebabkan lebih ramai orang semakin menyukai Tiramisu. Secara klasik desert ini dibuat dari biskut Savoiardi atau lady’s finger yang disusun dan dilapisi dengan adunan yang terbuat dari krim koko dan keju mascarpone.




Resepi Tiramisu Sedap
Bahan-Bahan untuk Tiramisu
(Sesuai untuk 6 – 8 orang)


2 bungkus biskut Savoiardi/ sponge fingers/boudoir
250g keju mascarpone
250g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut tahap kemanisan)
Satu cawan bancuhan air kopi (tanpa gula)
3 sudu besar esen vanila
Serbuk koko/ coklat

Bahan-Bahan untuk Kek Tanpa Telur
(loyang 9 inci)


2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 suku serbuk penaik
1 suku soda bikarbonat
1/2 suku garam halus
1 1/2 cawan gula pasir/ gula halus
3/4 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
1 1/2 cawan air kopi/ nescafe panas
3/4 cawan susu perisa coklat
1 suku esen vanilla
2 suku cuka


Bahan-Bahan untuk Menlembapkan Kek
1 cawan air panas
2 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk kopi

 

Bahan-Bahan untuk Aising Keju Krim

2 ketul (227 gm) keju krim (suhu bilik)
2 ketul (227 gm) keju Mascarpone (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising
360 ml double krim


 

Cara-Cara untuk Membuat Kek

1) Sediakan 9 inci loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 °C.

2) Di dalam mangkuk adunan, ayakkan tepung gandum, serbuk kok, serbuk penaik dan serbuk bikarbonat. Masukkan garam dan ratakan.

3) Campurkan gula, air kopi/ nescafe panas, susu segar, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan bancuh sehingga gula larut. Kemudian ayakkan dan masukkan garam.

4) Masukkan minyak masak/minyak jagung. Kacau mengikut arah pusingan jam. Tapiskan adunan.
 
5) Masukkan cuka dan terus kacau serta-merta selama 20 saat dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6) Tuangkan adunan dengan cepat ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. (Suhu bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing).

7) Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu dalam peti sejuk.


 

Cara-Cara untuk Membuat Resepi Tiramisu Sedap dan Mudah 

8) Pertama sekali, campurkan keju mascarpone, whipping cream, esen vanilla, gula ke dalam bekas. Pukul sehingga sebati dan kembang.

9) Celupkan biskut Savoiardi ke dalam bancuhan kopi dan susun dalam bekas sederhana besar.

10) Setelah itu, letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut Savoiardi dengan rata.

11) Lapiskan setiap lapisan dengan adunan Tiramisu tadi sehingga menutupi biskuit dan taburkan serbuk koko atau coklat di setiap lapisannya. Ulang proses ini sehingga menjadi beberapa lapisan.

12) Semua bancuhan telah habis dan bahagian atas telah disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais.

13) Hiaskan dengan taburan koko/ cokolat di atasnya mengikut suka hati masing-masing.

14) Siap dihidang selepas 8 jam didinginkan di dalam peti ais untuk rasa yang lebih sedap. Masa yang paling kurang untuk didinginkan adalah 5 jam.

Tips: Serbuk koko boleh digantikan dengan serbuk kopi atau serbuk yang lain-lain mengikut citarasa masing-masing.


 

Cara-Cara untuk Membuat Aising Keju Krim

1) Pukul krim keju dan keju Mascarpone sehingga licin.

2) Kemudian masukkan asen vanilla dan gula aising. Pukul campuran itu sehingga licin.

3) Gunakan double krim yang masih sejuk dari peti sejuk tetapi bukan double krim yang telah lama dibiarkan di dalam suhu bilik.

4) Masukkan double krim sedikit demi sedikit sambil terus pukul sehingga sebati.

5) Sapukan aising keju krim pada kek dan hiaskan kek itu dengan mengikut kreativiti masing-masing. Konsistensi aising keju krim dapat memudahkan kerja-kerja untuk menghias kek.

Tips: cara terbaik untuk nyahbeku double krim dari peti ais adalah mengeluarkan kotak double krim dari peti ais dan tempatkan di dalam peti sejuk selama 12 - 24 jam sebelum digunakan.


Resepi Tiramisu sedap boleh disediakan untuk sebarang majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini, Tiramisu merupakan sejenis desert atau pencuci mulut yang bakal menjengah kepasaran Malaysia disebabkan reka bentuknya yang cantik dilihat dan sedap dimakan. Resepi Tiramisu sedap yang mudah ini amat disambut hangat di seluruh dunia untuk menyediakannya dengan kek atau biskuit.




Lihat Juga...


Resepi Roti Jala


Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.
http://resepirotijala.blogspot.com/